Wah, semangat patriotik gitu..hehheheeeeee..teringat masa kecil-kecil dulu, bila time merdeka mesti meriah sangat. Jalur gemilang ada di mana-mana. Rumah, sekolah, jalan raya, kedai, malah kereta pun dihiaskan dengan bendera Malaysia dan bendera negeri. Itulah semangat kemerdekaan yang sempat dirasai dulu. Tetapi makin lama dunia makin maju, semangat kemerdekaan kurang dirasai dan aku sendiri tak merasai semangat tu masih ada. Baru-baru ini, aku pergi ke negara jiran yang kebetulan jatuh pada hari kemerdekaan mereka, sambutannya begitu meriah dan hangat. Walaupun ia merupakan tempat pelancongan dan jauh daripada ibukota, kehangatan kemerdekaan tetap dirasai. Sepanjang jalan penuh dengan kibaran bendera, rumah-rumah, kedai-kedai, pejabat-pejabat, march sepanjang jalan samada berjalan kaki atau konvoi bermotosikal. Memang salute atas semangat kemerdekaan mereka.
Walau apapun, biarlah jiwa kita merdeka, hidup kita merdeka dan minda kita merdeka daripada jajahan mana-mana pihak yang cuba 'menjajah' kita...:)
* ehsan daripada google |
No comments:
Post a Comment