Wednesday, 31 August 2011

Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54 untuk semua warga Malaysia!!! 


Wah, semangat patriotik gitu..hehheheeeeee..teringat masa kecil-kecil dulu, bila time merdeka mesti meriah sangat. Jalur gemilang ada di mana-mana. Rumah, sekolah, jalan raya, kedai, malah kereta pun dihiaskan dengan bendera Malaysia dan bendera negeri. Itulah semangat kemerdekaan yang sempat dirasai dulu. Tetapi makin lama dunia makin maju, semangat kemerdekaan kurang dirasai dan aku sendiri tak merasai semangat tu masih ada. Baru-baru ini, aku pergi ke negara jiran yang kebetulan jatuh pada hari kemerdekaan mereka, sambutannya begitu meriah dan hangat. Walaupun ia merupakan tempat pelancongan dan jauh daripada ibukota, kehangatan kemerdekaan tetap dirasai. Sepanjang jalan penuh dengan kibaran bendera, rumah-rumah, kedai-kedai, pejabat-pejabat, march sepanjang jalan samada berjalan kaki atau konvoi bermotosikal. Memang salute atas semangat kemerdekaan mereka.
Walau apapun, biarlah jiwa kita merdeka, hidup kita merdeka dan minda kita merdeka daripada jajahan mana-mana pihak yang cuba 'menjajah' kita...:)

* ehsan daripada google

Sunday, 28 August 2011

Bali, Indonesia


Bali??? yeahhh!..akhirnya aku menjejak ke tanah Bali setelah bertahun merancang untuk ke sana..:) Percutian selama empat hari empat malam cuba digunakan sebaik-baiknya. Bali yang dikenali sebagai 'The Island of Gods' atau Pulau Dewata merupakan salah satu pusat pelancongan yang amat menarik dan amat terkenal dikalangan pelancong terutama dari Jepun dan Australia.
   
* penting ada map untuk pengetahuan awam

Setiba kaki mencecah kaki di Ngurah Rai International Airport, kami disambut dengan kalungan bunga (terasa pening-pening lalat dengan bau-bauan bunga) oleh 'Tour Guide'. Hari pertama kami dibawa untuk menonton 'Barong Dance'. (Barong adalah raja dari roh-roh serta melambangkan kebaikan. Ia merupakan musuh kepada Rangda yang melambang raja segala kejahatan. Banas Pati Rajah adalah roh yang mendampingi seorang anak dalam hidupnya dan dipercayai sebagai roh yang menggerakkan Barong. Sebagai roh pelindng, Barong sering ditampilkan sebagai seekor singa. Tarian tradisional di Bali yang menggambarkan pertempuran antara Barong dan Rangda sangatlah terkenal dan sering diperlihatkan sebagai atraksi wisata). Ia merupakan persembahan yang menarik tetapi membosankan dengan 'intro' muzik yang panjang.

* Barong

* Rangda
* Barisan Pelakon

Sebelum kami meneruskan 'penjelajahan' kami ke Lovina Beach, kami dibawa ke kota Ubud yang merupakan pusat kesenian di Kepulauan Bali. Antara tempat yang dilawati ialah pameran batik bali, pembuatan perak dan emas, pameran lukisan ditempat rumah pelukis sendiri, dan tempat ukiran-ukiran kayu.


* tolong sediakan USD jika ingin membeli batik di sini
* tolong sediakan USD jika ingin membeli di sini
* bagi peminat lukisan, membeli lukisan dirumah
 pelukis sendiri lebih murah berbanding diluar
dan harga boleh dibincang 
Untuk makan tengahari, kami dibawa ke Puncak Sari Lakeview Hotel & Restaurant yang berkonsepkan bufet bertempat di Bukit Batur, Kintamani. Menikmati makan tengahari disini amat menenangkan kerana ia betul-betul berhadapan dengan Gunung Batur dan danau yang dikenali sebagai Danau Batur.  Udara disini sejuk nyaman dan penuh kedamaian.

* pemandangan dari restoran
* pemandangan dari restoran
Dari Puncak Sari kami meneruskan perjalanan kami ke Lovina Beach yang memakan masa 2 jam. So, bolehlah melelapkan mata setelah kekenyangan..:) tetapi tak lena sangat kerana jalannya banyak mempunyai selekoh yang tajam..takottttt!

               * Akhirnya kami sampai di Lovina, Puri Saron Baruna Beach Cottages

Hari kedua, awal-awal pagi sekitar 6.00 pagi, kami dibawa untuk melihat dolphin. Itulah kali pertama dalam hidup melihat dolphin secara 'real'. Teruja sangat! Tetapi tak banyak shoot yang dapat ditangkap, al-maklumlah benda bergerak lagi-lagi dalam air. Yang paling menarik ialah tengok matahari terbit. Cantekkk!

* Cantekkkk!!!
* belakang pun jadilah..hehheeee
Selepas sarapan, kami bertolak ke kota Kuta. Dalam perjalanan kami singgah beberapa tempat di utara Bali.

* Tamblingan Lake dari puncak
* Penempatan sekitar Tambligan Lake
* Temple sekitar Tamblingan Lake
* Pura Ulun Danu Bratan / Pura Bratan
Pura Ulun Danu Bratan atau Bratan Pura terletak di tengah-tengah kepulauan Bali yang merupakan sebuah candi air yang terbesar di Bali. Ia terletak di tepi barat laut Danau Bratan yang juga dikenali sebagai danau 'gunung suci' di pergunungan dekat Bedugul. Candi ini sebenarnya digunakan untuk upacara persembahan untuk Dewi Danu iaitu dewi air, danau dan sungai.

* Salah satu Buddha Temple yang terdapat di Ulun Danu


Seterusnya kami dibawa makan tengahari di salah sebuah restoran di sekitar Bedugul sambil menikmati pemandangan Jatiluwih Rice Terrace.



Selepas makan tengahari kami bertolak ke Tanah Lot. Perjalanan dari Bedugul ke Tanah Lot mengambil masa lebih kurang dalam satu jam setengah. Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang menganjur ke laut di Kepulauan Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut laut.


* Pura Tanah Lot Temple

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Mitos, terdapat seekor ular yang sangat besar melindungi kuil tersebut.

* Pura Batu Balong, salah satu kuil yang terdapat di Tanah Lot

 * Salah satu pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dari Tanah Lot


Bagi kemudahan pelancong, pelbagai gerai dan kedai kraftangan disediakan di sekitar Tanah Lot. Harga boleh dirunding! Melihat keindahan di Tanah Lot, maka tak hairanlah kerajaan Jepun sanggup memberi pinjaman mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rph 800 billion pada tahun 1980 untuk memelihara kuil bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar Kepulauan Bali.
Untuk makan malam kami dihidangkan Seafood BBQ di salah satu restoran di Jimbaran sambil menikmati alunan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa. Asyikk!!


  
Hari ketiga adalah 'free & easy' tetapi kami merancang pusing-pusing kota Kuta. Kami dibawa ke Galleria Duty Free Bali yang menjual barang-barang berjenama dalam USD. Kemudian kami ke Golden Kirrin Coffee Factory yang mengeluarkan kopi Luwak, kopi yang paling sedap dan termahal di dunia. Bagi peminat kopi, tak rugi kalau mencuba walaupun mahal. Sedappp!!!


* Kopi Luwak bersama sijil pengesahan! 
Pengakhiran 'penjelajahan' kami adalah ke Kuta Beach. Terdapat banyak gerai dan kedai kraftangan yang dijual. Ramai pelancong datang ke sini kerana mempunyai pantai yang cantik dan sesuai untuk 'surfing' kerana ombaknya lebih kuat dari yang ombak biasa.


Untuk membeli cenderahati, kami ke Krishna Ole-ole Bali. Di sini semua barang dijual murah berbanding daripada tempat lain seperti Tanah Lot, Kuta Beach ataupun Ubud Market. Percutian ke Bali merupakan satu percutian yang amat menakjubkan kecuali pasal makan..huhuhuuu....