Thursday, 31 March 2011

CERITERA PILIHANRAYA SARAWAK


Sarawak dikenali sebagai Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari kira-kira 30 kumpulan etnik yang mengunakan lebih 45 loghat bahasa yang berbeza. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain seperti Lun Bawang, Bisaya, Kayan, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Penan, Punan, Selako, Ukit dll…..

Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Selain itu, agama yang dianuti amat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Walaupun banyak perbezaan, namun hidup aman dan damai.

Pilihanraya ke-10 Sarawak telah diumumkan dah semakin hampir. Bagi ahli-ahli parti parti politik yang menang pada pilihanraya 2001 dan tahun 2006, adakah semua ‘janji janji pilihanraya’ yang telah dijanjikan sudah ditunaikan? Jangan berbohong dan menipu rakyat Sarawak dengan janji-janji pilihanraya yang baru pula. Rakyat Sarawak sudah pandai. Zaman Raja Brooke dan Temenggung Jugah sudah berlalu, sekarang kita semua masuk dalam zaman sains dan teknologi.

Bahang pilihanraya kian terasa. Bagi orang Sarawak yang tiada pendidikan hidup dibawah paras miskin tegar dan hidup jauh di pedalaman di ulu sungai, musim pilihanraya ini sama seperti musim buah-buahan atau majlis kenduri kahwin. Sangat meriah. Masa yang dinanti nantikan!

Semasa pilihanraya datang, Warna bendera dan poster calon yang bertanding  akan mewarnai dinding dinding rumah di seluruh pelusuk kampung. YB YB yang berbulan bahkan bertahun tak berjumpa, datang silih berganti termasuk pak menteri yang hanya mereka lihat dikaca TV. Biasanya mereka datang bukan berjalan kaki. Jarang datang menaiki kereta tetapi biasanya datang menaiki helicopter(nak tunjuk mereka ini golongan VVIP).

Semasa berucap, pasti janji janji pilihanraya yang baru akan dilaung-laungkan, dicanang-canangkan. Maka meloponglah mulut penduduk yang miskin dan tiada pendidikan ini. Selesai YB berucap, mereka akan bertepuk tangan sekuat hati. (Begitu tinggi kepercayaan mereka terhadap YB YB).

Pada masa pilihanraya, orang kampung akan makan daging kerbau, babi atau ayam yang jarang mereka jamah. Minuman tin berbikarbonat yang jarang mereka minum akan dirasai. Mereka juga akan diberi percuma sepasang baju dan topi ‘cap timbang’. Beruntunglah bagi pihak ‘tertentu’ angpau bernilai Rm5-rm50(dilipat kecil dan diberi semasa bersalam)secara diam diam disertai dengan bisikkan ketelinga,  "Jangan lupa kempen dan undi BN."
Apabila orang kampung meminta peruntukan, maka YB YB ini akan berkata, "Undi kami dulu, kalau kita menang, semua permintaan tuan tuan akan kami beri." (You help me, I help you back).

Namun selepas menang dan 47 tahun memerintah Sarawak, Penduduk yang miskin dan tiada pendidikkan tetap miskin, tetapi YB YB dan kroni kroninya menjadi kaya raya. Klik Sini

Semalam, 29.03.2011, kerajaan pusat mengumumkan akan memberi peruntukan RM80juta untuk pembinaan hospital di Lawas. Setidak-tidaknya jaminan yang diberikan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa merujuk pesakit yang menerima rawatan lanjut ke Hospital Miri atau Kota Kinabalu di Sabah.

Ini berikutan hospital sedia ada tidak mempunyai jumlah doktor dan kemudahan perubatan yang mencukupi.
Situasi itu menyebabkan kos rawatan bagi pesakit di daerah yang dipisahkan oleh Brunei lebih tinggi berbanding kawasan lain di Sarawak.
Kerajaan Pusat juga sudah meluluskan kos bagi  pembinaan lapangan terbang baru di Lawas. Semua projek itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.Sebuah klinik 1Malaysia juga akan dibuka di daerah Lawas untuk kemudahan penduduknya tidak lama lagi.

Kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pembinaan kemudahan kesihatan bukan bertujuan untuk memancing undi menjelang pilihan raya ke-10, tetapi bagi menunaikan tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

“Perancangannya sudah pun dibuat sejak beberapa tahun lalu, tetapi belum dapat ditunaikan kerana peruntukan terhad dan kosnya tinggi.
“Sekarang, kerajaan membuktikan kepada rakyat Limbang dan Lawas bahawa janji BN tetap akan ditunai dan tidak ada bohong seperti janji parti pembangkang,” katanya. Di samping itu, Awang Tengah menasihatkan penduduk di Limbang dan Lawas supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN pada pilihan raya kali ini bagi memudahkan kerajaan menyalurkan projek pembangunan untuk kedua-dua daerah itu. Beliau berkata, walaupun Limbang dan Lawas agak terpisah dengan daerah Sarawak lain, namun pembangunan di kawasan itu tidak pernah diabaikan. Petikan Berita Harian~~~

Hari ini, 30.03.2011, Kerajaan Pusat hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk 1,563 sekolah di Sarawak bagi bantuan membaik pulih dan menaik taraf sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah kebangsaan (SK).

Pengagihan peruntukan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri taklimat tertutup jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Buat sekian kalinya, rakyat sarawak digula-gulakan lagi..yang menjadi persoalannya, kemanakah hilangnya wang peruntukan yg berjuta-juta, berbillion-billion seperti dicanang-canangkan oleh pak menteri pak menteri selepas menang pilihanraya?? Jalan raya, bekalan air bersih, sekolah-sekolah, hospital-hospital, lapangan terbang, etc yang dijanjikan tak kunjung-kunjung tiba..sedangkan rakyatnya masih setia menanti-nanti dan menagih janji-janji manis yang ditaburkan.

Dan tidak mustahil bila suatu hari nanti, kita akan nampk pak menteri pak menteri akan ke hulu hilir menayang memboyong perut buncitnya yang suatu ketika dulu turun berjumpa dan bersalam-salaman dengan rakyatnya yang perwatakan ayu  macho dan tegap. Maka, akan menjadi seterang-terangnyalah istilah mengatakan sarawak KAYA, tetapi rakyatnya MISKIN.

No comments:

Post a Comment