Thursday, 31 March 2011

CERITERA PILIHANRAYA SARAWAK


Sarawak dikenali sebagai Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari kira-kira 30 kumpulan etnik yang mengunakan lebih 45 loghat bahasa yang berbeza. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain seperti Lun Bawang, Bisaya, Kayan, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Penan, Punan, Selako, Ukit dll…..

Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Selain itu, agama yang dianuti amat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Walaupun banyak perbezaan, namun hidup aman dan damai.

Pilihanraya ke-10 Sarawak telah diumumkan dah semakin hampir. Bagi ahli-ahli parti parti politik yang menang pada pilihanraya 2001 dan tahun 2006, adakah semua ‘janji janji pilihanraya’ yang telah dijanjikan sudah ditunaikan? Jangan berbohong dan menipu rakyat Sarawak dengan janji-janji pilihanraya yang baru pula. Rakyat Sarawak sudah pandai. Zaman Raja Brooke dan Temenggung Jugah sudah berlalu, sekarang kita semua masuk dalam zaman sains dan teknologi.

Bahang pilihanraya kian terasa. Bagi orang Sarawak yang tiada pendidikan hidup dibawah paras miskin tegar dan hidup jauh di pedalaman di ulu sungai, musim pilihanraya ini sama seperti musim buah-buahan atau majlis kenduri kahwin. Sangat meriah. Masa yang dinanti nantikan!

Semasa pilihanraya datang, Warna bendera dan poster calon yang bertanding  akan mewarnai dinding dinding rumah di seluruh pelusuk kampung. YB YB yang berbulan bahkan bertahun tak berjumpa, datang silih berganti termasuk pak menteri yang hanya mereka lihat dikaca TV. Biasanya mereka datang bukan berjalan kaki. Jarang datang menaiki kereta tetapi biasanya datang menaiki helicopter(nak tunjuk mereka ini golongan VVIP).

Semasa berucap, pasti janji janji pilihanraya yang baru akan dilaung-laungkan, dicanang-canangkan. Maka meloponglah mulut penduduk yang miskin dan tiada pendidikan ini. Selesai YB berucap, mereka akan bertepuk tangan sekuat hati. (Begitu tinggi kepercayaan mereka terhadap YB YB).

Pada masa pilihanraya, orang kampung akan makan daging kerbau, babi atau ayam yang jarang mereka jamah. Minuman tin berbikarbonat yang jarang mereka minum akan dirasai. Mereka juga akan diberi percuma sepasang baju dan topi ‘cap timbang’. Beruntunglah bagi pihak ‘tertentu’ angpau bernilai Rm5-rm50(dilipat kecil dan diberi semasa bersalam)secara diam diam disertai dengan bisikkan ketelinga,  "Jangan lupa kempen dan undi BN."
Apabila orang kampung meminta peruntukan, maka YB YB ini akan berkata, "Undi kami dulu, kalau kita menang, semua permintaan tuan tuan akan kami beri." (You help me, I help you back).

Namun selepas menang dan 47 tahun memerintah Sarawak, Penduduk yang miskin dan tiada pendidikkan tetap miskin, tetapi YB YB dan kroni kroninya menjadi kaya raya. Klik Sini

Semalam, 29.03.2011, kerajaan pusat mengumumkan akan memberi peruntukan RM80juta untuk pembinaan hospital di Lawas. Setidak-tidaknya jaminan yang diberikan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa merujuk pesakit yang menerima rawatan lanjut ke Hospital Miri atau Kota Kinabalu di Sabah.

Ini berikutan hospital sedia ada tidak mempunyai jumlah doktor dan kemudahan perubatan yang mencukupi.
Situasi itu menyebabkan kos rawatan bagi pesakit di daerah yang dipisahkan oleh Brunei lebih tinggi berbanding kawasan lain di Sarawak.
Kerajaan Pusat juga sudah meluluskan kos bagi  pembinaan lapangan terbang baru di Lawas. Semua projek itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.Sebuah klinik 1Malaysia juga akan dibuka di daerah Lawas untuk kemudahan penduduknya tidak lama lagi.

Kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pembinaan kemudahan kesihatan bukan bertujuan untuk memancing undi menjelang pilihan raya ke-10, tetapi bagi menunaikan tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

“Perancangannya sudah pun dibuat sejak beberapa tahun lalu, tetapi belum dapat ditunaikan kerana peruntukan terhad dan kosnya tinggi.
“Sekarang, kerajaan membuktikan kepada rakyat Limbang dan Lawas bahawa janji BN tetap akan ditunai dan tidak ada bohong seperti janji parti pembangkang,” katanya. Di samping itu, Awang Tengah menasihatkan penduduk di Limbang dan Lawas supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN pada pilihan raya kali ini bagi memudahkan kerajaan menyalurkan projek pembangunan untuk kedua-dua daerah itu. Beliau berkata, walaupun Limbang dan Lawas agak terpisah dengan daerah Sarawak lain, namun pembangunan di kawasan itu tidak pernah diabaikan. Petikan Berita Harian~~~

Hari ini, 30.03.2011, Kerajaan Pusat hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk 1,563 sekolah di Sarawak bagi bantuan membaik pulih dan menaik taraf sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah kebangsaan (SK).

Pengagihan peruntukan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri taklimat tertutup jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Buat sekian kalinya, rakyat sarawak digula-gulakan lagi..yang menjadi persoalannya, kemanakah hilangnya wang peruntukan yg berjuta-juta, berbillion-billion seperti dicanang-canangkan oleh pak menteri pak menteri selepas menang pilihanraya?? Jalan raya, bekalan air bersih, sekolah-sekolah, hospital-hospital, lapangan terbang, etc yang dijanjikan tak kunjung-kunjung tiba..sedangkan rakyatnya masih setia menanti-nanti dan menagih janji-janji manis yang ditaburkan.

Dan tidak mustahil bila suatu hari nanti, kita akan nampk pak menteri pak menteri akan ke hulu hilir menayang memboyong perut buncitnya yang suatu ketika dulu turun berjumpa dan bersalam-salaman dengan rakyatnya yang perwatakan ayu  macho dan tegap. Maka, akan menjadi seterang-terangnyalah istilah mengatakan sarawak KAYA, tetapi rakyatnya MISKIN.

Wednesday, 30 March 2011

Masihkah Ada Cinta?

Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria. Penuh dengan gurau mesra. Ada masa makan bersama, ada beribadah bersama. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar. Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju. Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua. Namun, keadaan ekonomi keluarga bertambah baik. Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar. Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang. Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya. Makan bersama yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan. Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit nasihat/renungan untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu… hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari – kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga. Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si-suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawabnya, kerana isteri ku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada siisteri, tentu jawabnya kerana suami. Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya… demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup? Kita sering terlupa yang kemewahan hidup – harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencapai matlamat. Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup. Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah. Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja ‘part time’. Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme. Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi. Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini…

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat ‘kosmetik’ semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri. Allah akan berikan pedoman ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga. Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita pugar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhir zaman. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui. Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ… ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat. Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar. Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu. Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti. Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami… tatap lama-lama. Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila? Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati? Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi ‘haiwan berteknologi’ dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya? Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, “inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!” Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.

Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu. Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta… adalah hati yang mati!

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta. Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

About Money

With money you can buy a house, but not a home
With money you can buy a clock, but not time
With money you can buy bed, but not sleep
With money you can buy book, but not knowledge
With money you can see a doctor, but not good health
With money you can buy position, but not respect
With money you can buy blood, but not life
With money you can buy sex, but not love

Monday, 21 March 2011

Awesome leisure to Redang Islang & Terengganu town

Setelah mengalami kesibukan tahun baru cina yang luar biasa, aku melarikan diri dari kesibukan kota ke sebuah pulau yang teramat indah, tenang, aman dan damai, Pulau Redang. Dengan promotion penerbangan dari Airasia (ceh, mcm duta airasia pulak..:p) dengan pakej 3D2N dari Redang Bay Resort, ia merupakan satu percutian yang betul-betul manis dan menakjubkan! Tetapiiiii......satu tips yang paling penting, BULAN MEI-JULAI ADALAH YANG PALING BAIK UNTUK PERGI KE PULAU-PULAU DI PANTAI TIMUR! Sebab, masa inilah laut kurang bergelora dan batu karang pun cantik! Kalau yang mabuk laut tu, that month is the best..


^^ Guide untuk tempat-tempat 'diving' & 'snorkeling'^^

^^ Pulau batu kot...;) ^^

^^ Suasana malam yang tenang & aman ^^

^^ Sejauh mata memandang ^^

^^ Snorkeling time...yuhuuuuu!

^^ the real 'anak ikan'..heheheee ^^

^^ di pagi yang hening...^^



^^ Its time to say goodbye to wonderful island...;( ^^



Sesampai di tanah besar, kita plan pusing-pusing kota terengganu. Tempat yang sempat kita round is China Town, Kompleks Muzium, Istana Maziah & Crystal Mosque.



^^ Crystal mosque..^^